Wed 13 August 2008
Meninggalkan amal kerana manusia itu adalah RIAK.
Membuat amal kerana manusia itu adalah SYIRIK.
Comments: 7 Comments | Post Comment
A space where beezel usually express himself selfishly the way he and only he himself want things to be. It was his blog anyway...
Wed 13 August 2008
Meninggalkan amal kerana manusia itu adalah RIAK.
Membuat amal kerana manusia itu adalah SYIRIK.
Comments: 7 Comments | Post Comment
Tue 29 July 2008
saya dibesarkan dibawah seorang kakak sulung dan 3 abang yang mana sekurang-kurangnya 6 tahun lebih tua dari saya.
ibu saya yatim piatu sejak usianya 9 tahun manakala bapa saya pula adalah anak tunggal kerana adik beradiknya yang lain meninggal ketika masih kecil. ibu saya mula memainkan peranan sebagai ibu setelah kematian kedua orang tuanya ... manakala bapa saya pula hidup sebatang kara dibesarkan disisi neneknya dan datuknya. ibubapanya ada tapi dihantar untuk dibesarkan disisi nenek dan datuknya atas sebab-sebab yang tertentu. hidupnya sunyi tanpa adik-beradik untuk berhibur. kawan-kawanlah temannya ketika sunyi, disebabkan itu menjadikannya seorang yang suka berkawan bahkan kawannya itulah segalanya bagi dirinya...
sehingga disaat usia lanjutnya, dia sering ditipu oleh kawan-kawannya, namun dengan mudah dia memaafkan mereka kerana dirinya sunyi tanpa adik-beradik. selalu hati kecil ini sedih melihatkan betapa dia diperlakukan sebegitu rupa oleh kawan-kawannya ...
tika dia dimurahkan rezeki melimpah-ruah, beribu kawan yang datang menghimpitnya... tidak dipandang segala wang ringgit miliknya bahkan diagihkan pula kepada kawan-kawannya dengan niat untuk sama-sama berkongsi dan sama-sama merasa nikmat pemberian Allah kepadanya.
ramai yang datang untuk berhutang dan diberi hutang dengan begitu saja tanpa hitam-putih sebagai perjanjian atau persetujuan untuk membayar balik. sekadar berpegang dengan kata janji manis kawan-kawannya untuk membayar kembali hutangnya itu...
dengan hutang darinya itu maka ramai juga kawan-kawannya yang berjaya lalu menjadi kaya hingga menjadi gah nama mereka dipersada negara... namun satu sen pun tiada kembali masuk kedalam poket bapa saya ... apalah sangat nilai yang mereka hutang dengan bapa saya itu berbanding puluhan malah ratusan juta ringgit yang mereka peroleh hasil perniagaan mereka yang berjaya diselamatkan hasil hutang mereka dengan bapa saya ...
kini segala hutang mereka itu bapa saya bawa pulang bersamanya yang kini bersemadi di alam barzakh. kalau nak bayar, langsaikanlah disana... kami warisnya tak kisah ... wang berjuta tidak dapat kembalikan seorang insan yang telah pergi meninggalkan kami ...
sedih rasa dihati apabila melihat mereka memperlakukan seperti orang asing tatkala arwah bapa saya berjumpa mereka bagi meminta bantuan mereka untuk memulangkan sebahagian daripada hutangnya itu bagi membiayai keperluannya yang sedang sakit berat ketika itu ... malah ada juga yang enggan berjumpa, hanya kerani yang sudi melayan kami...
"Tan Sri tak ada di ofis, dia ada meeting diluar. Pakcik boleh tinggalkan no telefon, nanti saya sampaikan pesanan pakcik kepada Tan Sri bagitahu pakcik nak bercakap dengannya..."
sunyi panggilan tak diterima langsung ... bapa saya gagal berjumpa dengannya hingga ke akhir hayatnya. Tapi beberapa bulan yang lepas, heboh di siarkan di tv dan di dada akhbar tempatan pemergian Tan Sri tersebut ke alam yang sama didiami bapa saya ... alam barzakh... mungkin mereka bertemu disana menyelesaikan apa yang berbaki ...
salah seorang yang berhutang bersikap acuh tak acuh ketika kami menemuinya untuk mendapatkan sedikit bantuan. Bapa saya sakit buah pinggang dan memerlukan sejumlah wang yang banyak bagi membiayai kos rawatannya...hanya sebahagian hutang yang dipinta namun seribu dalih yang diterima ... minggu lepas ternampak wajah tersebut terpampang didalam salah satu rancangan tv sedang memberikan bantuan kepada golongan miskin ... orang miskin masuk tv nak pulak dibantunya ... bapa saya yang dah jatuh miskin, sampai ke liang lahad langsung tak dipedulikannya ...
macam-macam ...
Comments: 0 Comments | Post Comment
Tue 29 July 2008
adakalanya mereka mahu berdiri sama tinggi dengan lelaki, namun mereka patutnya terima kejadian mereka seadanya. bukan bererti mereka itu kurang daripada lelaki, namun hakikatnya mengapa perlu sebegitu kerana jika begitu hendaknya, maka cacatlah kejadian insan itu kerana lelaki dan wanita itu saling memerlukan antara satu sama lain bukannya berlumba siapa yang lebih tinggi...
tidaklah sempurna seorang lelaki itu tanpa sebatang rusuk dari bahagian kirinya... bahkan tak mungkin lurus tulang rusuk kiri itu dengan sendirinya melainkan ada tukang yang melenturkannya menjadi lurus. rusuk kiri itulah wanita dan lelaki pulalah tukang lenturnya...
seorang tukang lentur perlu tahu apa yang hendak dilenturkannya, dia perlu tahu cara dan kaedah yang perlu digunakan. akan tetapi, untuk melenturkan sebatang rusuk yang hidup lagi bernyawa tidaklah semudah yang disangkakan, bahkan rusuk itu adalah ujian terbesar baginya kerana kelak bisa saja rusuk itu mendatangkan mudarat kepada tukang yang melenturkan itu sendiri.
"wanita itu adalah fitnah bagi lelaki"
-hadith-
ibarat besi pejal yang melengkung, bukanlah mudah untuk melenturkannya kerana ia memerlukan cara-cara yang tertentu bagi membolehkannya dilentur. besi yang melengkung mungkin boleh diluruskan akan tetapi ia bisa melenting kembali kepada keadaan asalnya. ketika melenting itulah ia mungkin melantun dan mudaratkan tukang lenturnya itu. maka perlu bagi tukang lentur itu melayurkan api yang sesuai untuk membakar bahagian yang bengkok sedikit demi sedikit sehingga berubah sifatnya yang bengkok itu kepada lurus... begitulah jua ibaratnya wanita...besi yang melantun dan terkena pada tukang itulah fitnah bagi tukang lentur...
seorang wanita itu, apabila ia melakukan kesalahan... maka disoal keatasnya atas apa yang telah dilakukannya ... akan tetapi bagi seorang lelaki itu kelak disoal akan segala apa yang dipertanggungjawabkan keatasnya... iaitu termasuklah isteri dan anak-anaknya ...
seorang suami yang berjudi contohnya, kelak disoal atas perjudiannya seorang diri akan tetapi seorang isteri yang berjudi pula, disoal keatas suaminya sekali atas sebab isteri itu adalah tanggungjawabnya...
Comments: 0 Comments | Post Comment
Madah Buat Penulis, Siapa Jua Anda Wahai Penulis ...
Sat 26 July 2008
Hati tertarik dengan bait kalimat yang dilayurkan oleh Dr Asri :
"Wahai penulis, apa yang engkau tulis atas lembaranmu, ia ditulis di sisi Tuhanmu. Maka ketika tanganmu mencatat di bumi, jiwamu hendaklah mendongak ke langit tinggi."
Abaikan siapa dia Dr Asri, perhatikan akan makna yang cuba disampaikan daripada susunan kalimat tersebut ... setakat mana dibukakan hati kita untuk menyelami kalam itu...
Bukanlah ada daya dan upaya atas seseorang itu menyusun kalam yang dirasakannya adalah ikhtiar dari kudratnya sendiri bahkan sesungguhnya barangsiapa yang memulangkan kalam itu kepada tuannya, yang memulangkan kepada empunya kalam, maka merekalah orang-orang yang berbahagia di alam sesudah matinya. InsyaAllah ...
Comments: 0 Comments | Post Comment
Thu 24 July 2008
Pagi ni Alhamdulillah sampai ofis tak lambat sangat, tadi boleh lah pulak buat kedua hari berturut-turut naik lif sama dengan Dato' CEO. Rasa bertuah jugak dapat CEO yang sporting dan bertimbang rasa macam dia sorang ni. Tak sombong, suka bertegur sapa ... naik segan la plak bila dia yang tegur kita dulu kat dalam lif. Almaklumlah, kita nak tegur dia rasa macam takde idea la pulak nak cakap apa ... kang silap soalan kang takut dia malas nak jawab pulak ... hmm.... macam-macam ...
Masuk ofis, dok kat meja... start pc ... tah camana tah ... tetiba terbukak satu file words yang aku pernah save kat pc ni. Tergamam, dalam kepala dok terpikir sendiri ... macam ada benda nak bagitau jer nih?
korang rasa camana?
ni lah kemendenyer :
Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah)
Daripada Anas bin Malik ÑÖí Çááå Úäå katanya: Rasulullah Õáì Çááå Úáíå æÓáã bersabda (maksudnya): Sesungguhnya perumpamaan ulama di bumi ini adalah seperti bintang-bintang yang dijadikan petunjuk di dalam kegelapan-kegelapan darat dan lautan, apabila bintang-bintang ini sirna di antara kegelapan-kegelapan tadi, maka sudah tentu para penunjuk jalan akan berhadapan dengan kesesatan jalan – Hadits riwayat Imam Ahmad
Daripada Abu Darda ÑÖí Çááå Úäå katanya: Aku mendengar Rasulullah Õáì Çááå Úáíå æÓáã bersabda (maksudnya): Sesiapa yang pergi di pagi hari kerana inginkan ilmu dan untuk mempelajarinya semata-mata kerana Allah Ta’ala, nescaya Allah Ta’ala akan membukakan baginya satu pintu menuju syurgaNya, para malaikat membentangkan sayapnya untuknya dan demikian juga ikan-ikan dilaut. Kelebihan orang yang alim itu ke atas orang yang abid apalah seumpama kelebihan bulan purnama ke atas sekecil-kecil bintang dilangit. Para ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (diantara bintang-bintang). Sesungguhnya matinya satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim ( Hadits riwayat Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Baihaqi)
Comments: 0 Comments | Post Comment
Thu 3 July 2008
Saya ada hobi baru ... saya suka kerana ia mendatangkan wang kedalam poket saya. tetapi saya bukanlah mata duitan... namun kerana kenaikan minyak secara dajalnya baru-baru ini membuatkan saya tertarik dengan hobi baru saya ini ...
nama hobi baru saya ialah.... menjadi "videographer".
sila lihat muka saya ketika kursus videografi baru-baru ini :
http://www.telagapictures.com/?page_...page_id=11
dan disini juga :
http://www.videoperkahwinan.com
lepas ni sesiapa yang nak kawen, manage sebarang events dan perlukan perkhidmatan yang berkaitan video, sila berhubung dengan saya...
sekian Terima Kasih ...
Comments: 0 Comments | Post Comment
AAAAaaahhhh..... Tak Jadilah !!! Saya Dah Ketagih...
Thu 3 July 2008
On my previous entry I do mention about stop blogging right ... so now this topic seems to be my answer...
isk isk isk ... macam Pak Lah lak aku ni ... semalam kata lain harini kata lain ...
Munafiq betul la ... astaghfirullah ...
Comments: 0 Comments | Post Comment
Maybe Its time for me to stop ...
Wed 18 June 2008
Don't know ... anyhow I'm feeling that maybe its time for me to stop blogging... if I do stop after this ... thanks to those who read my blog all this time ... thank you ....
( saya tak decide lagi tau ... baru terpikir jer nih ...)
Comments: 1 Comments | Post Comment
Raja Petra is Headbanging on ABIM
Mon 2 June 2008
Yesterday I met the president of ABIM at Rembau during Majlis Selawat conducted by Syeikh Mohd Fuad Kamaluddin (one of N9 state fatwa council members) and Yayasan Sofa in Rembau, Negeri Sembilan.
The man looked so tired and a bit frustrated with something. In his silence suddenly he voice out some of the things that had been invading his mind lately and told me "actually I need to do lots of work at my office and not able to come here, but what Raja Petra wrote in his blog (malaysia-today) has taken my mood away. So I'm hoping to have a of peace of mind by coming here".
So here is the link that he was talking about (if I'm not mistaken) :
http://www.malaysia-today.net/2008/c...w/8209/84/
Well, after reading the article I do feel that what he wrote was too hard on ABIM. Just because of one statement given by the organisation has made them receive a total new different meaning of ABIM.
Thousand deeds mean worthless just because of one mistake?
But personally, I don't think that there is anything wrong as ABIM is only querying about the government policies. What's wrong with that ?
I am not UMNO or taking any sides, I never been in any parties before but I'm just expressing something that I dont feel right. Talking about Islam, I wonder what makes Raja Petra think that what he wrote is Islamic?
Is 'cursing' people Islamic? besides, why need to drag the mufti into this? are you telling everyone that you are the only muslim that practice Islamic ways in this world?
Actually I really admire Raja Petra for his braveness voicing out his point of view in his blog. He is now becoming one of the most influential persons in this country and that mean that it is an 'amanah' for him to others. Sometimes its good to criticise but extremism doesn't mean any good.
There's a story of Rasulullah who feeds one old blind Jewish man who always hated and cursed him everyday. That man never knew that it was Rasulullah who fed him with bread until Rasulullah died, Abu Bakar came to this man and fed him just like what Rasulullah did. Knowing that it was a different person, the old Jew asked where goes the man who used to feed him before? after explaining, the old Jew cried and regret and then became a muslim.
The prophet does not teach us doing bad things to open people eyes. Why not Raja Petra learn and do the same as well?
Comments: 0 Comments | Post Comment
Fri 23 May 2008
Kenapa saya memilih untuk beragama Islam?
Saya sejak azali lagi telah Islam, kemudian apabila keluar dari perut ibu saya maka ayahanda saya melaungkan azan dan iqamat pada kedua telinga saya mengingatkan saya pada tujuan saya dihantar ke dunia ini.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,
Aku bersaksi bahawa Muhammad itu Rasul Allah,
Marilah Solat,
Marilah menuju kajayaan,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan melainkan Allah...
Saya dihantar untuk membesarkan keagungan Tuhan yang telah menjadikan saya iaitu Allah yang Esa yang tiada sekutu bagiNya. Saya dilahir setelah diutuskan Rasul yang bernama Muhammad dan telahpun saya dan sekalian makhluk berjanji untuk mengikut ajarannya apabila tiba di alam syahadah ini.
Maka sebab itulah saya bersaksi bahawa Muhammad itu Rasul Allah. Wajib keatas saya berpegang kepada ajaran Rasul yang telah Allah utuskan kepada saya. Adalah tugas saya untuk mengenal Rasulullah walaupun saya dilahirkan pada zaman setelah baginda wafat, kerana saya pasti akan kembali ke pangkuan baginda di alam akhirat nanti. Rasulullah adalah rasul saya dan kerana bagindalah Allah jadikan saya dan baginda jugalah tempat untuk saya memohon syafa'at nanti dan kepada bagindalah tempat untuk saya kembali. Cinta saya kepada baginda Rasulullah melibihi yang lain, melebihi ibubapa saya sendiri dan pastinya melebihi diri saya sendiri. Bila saya cintakan Rasulullah tentulah saya cintakan Allah. Rasulullah mengajar saya untuk cintakan Allah melebihi segala sesuatu.
Bila saya takut, saya ingatkan Allah dan Rasulullah. Kemudian hati saya tenang. Bila saya susah hati, saya ingatkan Allah Dan Rasulullah. Kemudian saya jadi tenang. Bila saya sedih, saya ingatkan Allah dan Rasulullah. Kemudian hati saya tenang. bila saya gembira, saya ucapkan syukur kepada Allah dan Rasulullah maka hati saya bertambah gembira.
Pastinya bila tiba sakratulmaut, saya akan ingat pada Allah dan Rasulullah, maka terasalah nikmat akan ajal itu kerana ianya adalah pintu pertemuan saya dengan Allah dan Rasulullah yang saya cintai. Tak kisahlah izrail yang datang untuk mencabut nyawa saya nanti, apabila mengenangkan saya bakal bertemu kekasih hati saya. Pastinya rasa tercabut nyawa itu bakal menjadi ingatan manis buat saya di akhirat nanti.
Akan tetapi, sebelum tiba masanya maka saya perlulah membuat persediaan dahulu. Saya ingin kembali kepada Allah dan Rasulullah dalam keadaan yang terbaik. Kalau nak jumpa Raja, kita akan pakai baju yang cantik-cantik, inikan pula berjumpa dengan Allah dan Rasulullah. Mestilah saya mahu jumpa dalam keadaan yang terbaik... Oleh itu saya mesti berusaha...
Allah dan Rasul hanya meninggalkan Islam sebagai agama. Tapi saya lihat di alam ini ada banyak agama... saya hairan, dulu dialam roh... agama yang diamanahkan hanyalah Islam. Tapi kenapa sekarang ada banyak agama?
Islam taat kepada Allah, Kristian pun katanya taat kepada Allah dan Yahudi juga kata mereka taat kepada Allah. kemudian ada Hindu, tapi hindu tak sembah Allah... Dia sembah Brahman dan dewa-dewa lain, Buddha pulak tak ada Tuhan... Buddha tu dahulunya manusia yang kemudiannya menjadi dewa. Mana satu agama yang betul ni ?
Kalau manusia boleh jadi dewa, tapi siapa pula yang jadikan manusia? kalau orang sembah Buddha, tapi Buddha sembah apa pula ? Siapa yang menjadikan Buddha? bukan Tuhan ke ? kalau bukan Tuhan siapa lagi ? Mestilah Tuhan yang jadikan manusia, mestilah Tuhan juga yang jadikan Buddha...Kalau Buddha sembah Tuhan, kenapa manusia tak sembah Tuhan juga? kenapa manusia sembah Buddha dan bukannya Tuhan?
Kalau ada banyak dewa, siapa pula yang jadikan dewa-dewa ni? kalau dewa itu Tuhan, jadi kalau ada banyak Tuhan, tak bergaduh ke Tuhan-Tuhan ni nanti ? sedangkan kita sesama manusia pun selalu bergaduh, takkanlah Tuhan-Tuhan tak bergaduh? Tuhan 'A' suruh kita pegi sekolah supaya kita pandai, tapi Tuhan 'B' suruh kita pegi masuk askar jadi pejuang. Nanti gaduh pula Tuhan 'A' dan Tuhan 'B'. Tapi dalam banyak-banyak Tuhan, yang mana yang ciptakan manusia? Tuhan-Tuhan ni bergotong-royong ke nak cipta manusia?
Kristian kata dia sembah Allah, tapi saya tengok dia sembah Jesus. Setahu saya Jesus tu manusia jer yang diangkat menjadi Rasul. Macamana Rasul bole jadi Tuhan ? Lepas tu Kristian kata Tuhan ada 3, Tuhan Bapak, Tuhan Anak (Jesus) dan Holly Ghost. Sekarang dah jadi 3 Tuhan. Mana satu ni? Lepas tu Kristian cakap Tuhan berupa Jesus turun ke dunia untuk tanggung dosa semua manusia dengan cara dia dibunuh? maknanya Jesus tu Tuhan kemudian dibunuh oleh manusia? yahudi pulak tu yang bunuh Tuhan mereka. .
Boleh ke Tuhan dibunuh ? Kalau Tuhan mati, siapa pula jadi Tuhan selepas itu? Jesus tu manusia dari suku kaum Yahudi, kemudian kaum Yahudi sendiri yang bunuh Jesus.
Nampak tak maksud saya? Jesus adalah orang Yahudi dan Jesus adalah Tuhan. Maknanya Jesus adalah orang Yahudi dan Yahudi itu Tuhan? betul ke Yahudi ni Tuhan?
Yahudi tak sembah Jesus pun, Yahudi tak mengaku pun Jesus ni Tuhan mereka? Bila baca sejarah, kaum Yahudi ni dah banyak bunuh Rasul di kalangan mereka. Yahudi panggil semua manusia selain bangsa mereka dengan nama 'Goyim'. Tahu tak apa makna 'Goyim' tu ? Kenapa dia panggil selain bangsa Yahudi sebagai Goyim dan dia sendiri bukan Goyim? apa maksud Goyim? Goyim tu bukannya agama, jadi Goyim tu apa ?
Setahu saya Tuhan itu Maha Berkuasa, dalam Islam kalau Tuhan nak jadikan sesuatu Dia kata 'Jadi' maka 'Jadilah ia'. Kalau Tuhan nak ampunkan makhluknya, Dia tak perlu pun bersusah payah untuk ampunkan dosa makhluknya, Tuhan tak perlu pun menyamar jadi manusia dan kemudiannya biarkan dirinya disiksa sampai mati. Tuhan tak akan mati sampai bila-bila. Tuhan yang mati itu bukannya Tuhan, dia sebenarnya makhluk kalau dia mati.
Jadi saya tolak semua agama yang lain kecuali Islam. Inilah agama saya dan saya beriman kepada Tuhan yang tak mati-mati, saya beriman kepada Tuhan yang berkuasa untuk melakukan apa jua sekalipun tanpa bersusah payah. Saya beriman kepada Tuhan yang 'tidak' diciptakan mahupun diukir oleh makhluk lain akan tetapi saya beriman kepada Tuhan yang sedia adanya tanpa ada permulaan mahupun penghujung.
Tuhan bukan sesuatu yang boleh diukir/ditempa dan kemudiannya dijual di kedai. Tuhan saya jauh lebih berkuasa dari semua itu. Maha Suci Tuhan yang menjadikan sekalian alam tanpa bersusah payah yang Maha Berkuasa keatas sekalian makhluk dan sekalian sesuatu.
Inilah Tuhan yang saya beriman, inilah Tuhan yang sejati, inilah Allah yang saya cintai.
Comments: 0 Comments | Post Comment
I'm Married/ Saya Sudah Berkahwin...
Wed 30 April 2008
It has been a long time since the last time i've updating this blogs. Lots of things happened especially that I am now entitled as a 'husband' to my beloved wife.
even the last 2 post were still uncompleted as I've promised and seems to be outdated already.
everthing began when I started to get horribly busy preparing for my wedding preparation, then the "historical" Malaysian General Election also has become a contribution factor which making me feels that 24 hours a day are still not enough.
I only took 5 days as my wedding leave, a friend of mine told me that I've made myself a record in this agency to be the shortest wedding leave ever been made.
once I'm back to this office, there's lots of work to be done. new project is starting which requesting me to give more commitment. at the same time, me and my beloved wife were squeezing some of our time to attend a personal/family financial courses to help us understands more and to plan a proper preparation in terms of our new build family's financial planning.
We decided to get ourselves a consultant to guide us to achieve our target in the future. most people think that there's no need for you to take courses especially a 'consultant' just to plan a future between you and your wife.
I do admit that it cost me quite a lot to pay the consultant, but I do feel that its still worth it because he is a Certifeid Financial Planner (CFP), which is recognised and licensed by our Malaysian Security Comission has giving us the confidance to trust and implementing the plan within a very minimum risks.
this means that me and my wife's future were taken care by a professional who has a very wide knowledge in this area. I've learn the CFP module while doing insurance last time and I do know what are this CFP people are talking about and I do know wether the person is a purely a financial planner or just someone who only making themselves 'certified' but later still selling people with insurance or investment product available in the market which is not really a pure financial planner in my point of view.
this guy was the first malaysian individual to be licensed individually as Malaysian Financial Planner and not within financial companies like most people out there. he also was selected to teach one of six CFP modules here in KL. a very professional but at the same time is a humble person who really wants to guide those who are looking their way out from debts and having financial freedom in their lives.
enough about financial planning, I am now having my own life with my wife and currently staying somewhere in Sg Buloh. its a good place for me and a very suitable place for us on starting a new life together.
I've just completed my 'kursus btn' last 2 days but yesterday I've already been working until midnight. today is going to be another day and it seems that my wife will be sleeping at the office again to accompany me until my work is done.
that's all for now ... bubye ...
Comments: 1 Comments | Post Comment
Memilih Pemimpin Selari dengan Tuntutan Syarak
Thu 6 March 2008
Tadi ketika sedang bercakap dengan seorang teman, terpacul dari mulutnya berkata, "takpelah, itu hak kau nak mengundi siapa pun!". Lalu terdetik dihati untuk memperkatakan perkara ini dari sudut Islam pula.
Sebagai seorang yang beriman kepada Allah dan Rasul, dimanakah batasan yang ditetapkan kepada seseorang itu dalam perihal memilih pemimpinnya? Sesungguhnya agama yang disyariatkan oleh Allah dan yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W itu telah sempurna akan tetapi kita sebagai umat baginda terlalu jahil dan lalai untuk mengaplikasikan hak-hak Allah dan Rasulullah S.A.W pada setiap aspek disepanjang perjalanan hidup kita.
Panduan Memilih Pemimpin
Menurut ajaran Islam, perlantikan ketua negara adalah amat penting kerana ia merupakan tempat untuk mengganti Rasulllah s.a.w bagi melindungi agama dan mentadbir hal-hal keduniaan. Pemerintahan ketua negara meliputi aspek-aspek keagamaan dan keduniaan. Islam tidak memisahkan aspek-aspek tersebut. Menurut al-Mawardi, melantik ketua negara merupakan wajib secara ijma’. Cuma perbezaan sama ada wajib secara syarak atau akal
Pandangan yang pertama menyatakan wajib secara akal kerana orang yang berakal pastinya memilih dan mematuhi pemerintahan yang boleh menghindarkan mereka dari kezaliman dan menyelesaikan perbalahan dan perkelahian. Jika tidak ada pemimpin, nescaya akan kucar-kacir.
Pandangan yang kedua menyatakan wajib secara syarak kerana pemimpin atau ketua negara adalah bertanggungjawab untuk mengendalikan urusan-urusan syarak yang mungkin pada pandangan akal tidak memikir soal-soal ibadat lalu akal tidak mewajibkannya. Ini ialah akal fikiran hanya mewajibkan seorang yang berakal untuk melindungi dirinya dari kezaliman tetapi sebaliknya syarak menyerahkan segala urusannya kepada penguasanya dalam agama.
Menurut Abu Ya’la al-Fara bahawa perlantikan Imam merupakan wajib secara syarak dan bukan secara akal kerana akal tidak mengetahui perkara-perkara fardu, harus, halal mahu pun haram. Beliau berdalilkan peristiwa di Saqifah Bani Sa’adah. Berkata Ibn Hajar dalam Fath al-Bari, berkata al-Nawawi:“Telah bersepakat bahawa wajib melantik ketua negara, dan perlantikan ini wajib secara syarak dan bukan secara akal.” Manakala Muztazilah menyatakan perlantikan ketua negara secara akal.
Perlantikan ketua negara ini juga merupakan kewajipan yang merangkumi kewajipan secara syarak dan juga kewajipan secara akal. Kerana tidak ada tegahan untuk melantik ketua negara yang pada pandangan akal adalah untuk memelihara rakyat dan syarak menguatkan pandangan akal ini. Oleh itu, akal dan syarak telah mewajibkan perlantikan ketua negara.
Menurut Ibn Hazim al-Andalusi dalam al-Fasl fi Milal wa al-Nihal:-
“Bersepakat ahli sunnah, Marji’ah, Syiah, Khawarij atas kewajipan melantik ketua negara. bahawa umat wajib melantik Imam yang adil yang dapat mendirikan hukum-hukum Allah dan mentadbir urusan mereka dengan shariat yang telah dibawa oleh Rasulullah s.a.w”.
Berkata Ahmad bin Abdul Mu’iem al-Damanhuri (w.1192) dalam buku al-Naf’u al-Aziz fi Islah al-Sultan wa al-Wazir: “Ketahuilah bahawa penguasa atas urusan manusia adalah fardhu kifayah yang merupakan sangat penting dalam kewajipan agama dan dalam urusan kaum muslimin, malah tidak akan tertegak agama dan dunia tanpanya.”
al-Mawardi menyebutkan bahawa ketua negara merupakan tempat pengganti Rasulullah s.a.w. dalam menjaga agama dan mentadbir urusan keduniaan dan membuat akad setia dengan mereka yang memegang tampuk pemerintahan merupakan wajib secara ijma’.Dari takrif ini bahawa ketua negara adalah pengganti Rasul iaitu pertama, menjaga kemuliaan agama dan kedua mentadbir keduniaan berdasarkan Shariat Ilahi. Menurut al-Mawardi, ketua negara merupakan amanah, tanggungjawab dan tugas yang semestinya pemerintah melakukan dengan sebaik mungkin.
Syarat-Syarat Menjadi Ketua Negara
Ketua negara merupakan amanah yang paling penting yang harus dipiku tanggungjawabnya. Ia bukan untuk sebarang orang untuk memegang jawatan tersebut. al-Farabi menggariskan sifat-sifat yang perlu dimiliki oleh ketua negara. Beliau menekankan konsep “Insan Kamil” bagi ketua negara bagi mencapai manusia sempurna hendaklah memiliki dua belas sifat seperti yang diterangkan di bawah tajuk al-Qawl fi Qisal Ra’is al-Madinah al-Fadilah. Dua belas sifat itu ialah:
1. Hendaklah sempurna anggota tubuh badan dan bertenaga atau berkemampuan supaya dengan itu ia dapat menjalankan tugasnya dengan mudah.
2. Baik kefahamannya serta dapat menggambarkan setiap sesuatu yang ia lafaz atau ucapkan serta tahu apa yang harus dibuat.
3. Baik hafalan (ingatan) sesuatu yang ia telah faham, lihat, dengar atau dapat (idrak). Ia juga bukanlah seorang yang pelupa.
4. Bijaksana dan cerdik apabila mendengar sesuatu walaupun dengan reaksi sahaja, ia telah faham.
5. Dapat membuat penjelasan atau huraian yang jelas berhubung dengan sesuatu ibarat.
6. Ia sangat suka atau minat terhadap ilmu pengetahuan, senang menerima ilmu tidak merasa atau kenal penat dalam menimba ilmu pengetahuan.
7. Ia hendaklah tidak bersikap buruk iaitu berlebih-lebihan dalam hal makan minum dan juga hubungan kelamin. Menjauhkan diri dari permainan yang hanya untuk bersuka-suka.
8. Memiliki sifat cintakan kebenaran dan orang-orang yang bersifat dengan kebenaran itu. Bencikan pembohongan serta orang-orang yang bersifat demikian.
9. Ia memiliki jiwa besar atau berhemah tinggi hingga mengatasi perkara-perkara yang rendah atau remeh-temeh.
10. Tidak berminat tentang pemgumpulan wang ringgit (dirham wa dinar) dan kekayaan dunia yang lain.
11. Ia bersikap pro keadilan dan anti kezaliman dan penindasan. Tidak mudah dipengaruhi oleh perkara oleh perkara-perkara buruk sebaliknya mudah diseru kepada kebaikan, keadilan dan seumpamanya.
12. Ia hendaklah mempunyai keazaman yang kuat dan berani terhadap sesuatu hal yang dirasakan perlu ia lakukan dan tidak lemah semangat atau jiwa.
Islam telah menggariskan syarat-syarat yang harus dipenuhi oleh seseorang yang ingin menjadi ketua negara. Antara syarat yang telah ditetapkan oleh para ulamak ialah:
1. Islam
Adalah wajib ketua negara seorang yang muslim. Ketua negara merupakan penjaga dan pelaksana shariat Islam sudah tentu memerlukan seorang yang beriman kepada Allah dan percaya bahawa ketentuan hukum adalah hak mutlak Allah.
2. Baligh
Islam tidak mewajib kanak-kanak yang belum mencapai tahap baligh menjadi pemerintah. Ini kerana ketua negara memerlukan kepada kematangan pemikiran dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
3. Akal
Islam mensyaratkan akal kerana ketua negara memerlukan ketajaman fikiran dalam bertindak. Orang yang gila ia tidak dapat berfungsi sebagai pemimpin malah segala kewajipan ke atasnya terangkat. Malah Islam menggalakkan bahawa ketua negara seorang yang mempunyai kecergasan otak, kebijaksanaan dalam mengatur strategi dan menyusun rancangan untuk kepentingan umat.
4. Merdeka
Golongan hamba tidak dibenarkan menjadi ketua negara kerana golongan hamba ini mempunyai tugas dan hak yang mesti dilakukan terhadap tuannya dan tidak mempunyai kebebasan terhadap dirinya sendiri. Ketua negara memerlukan seorang yang mempunyai sepenuh masa terhadap tugas pemerintahan dan tidak terikat dengan tugas-tugas yang boleh menjejaskan pentadbiran seperti golongan hamba.
5. Lelaki
Bersepakat para ulamak bahawa tidak harus orang perempuan menjadi ketua negara berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dan tidak akan mendapat kejayaan sesuatu kaum yang pada urusan mereka terletak pada perempuan.”29 Walaupun begitu, larangan tersebut dalam memegang jawatan khalifah. Al-Qaradawi mengharuskan wanita dilantik menjadi ahli parlimen atau ahli perwakilan dengan syarat menjaga adab-adab sebagai wanita muslimah.
6. Adil
Perlu diingatkan di sini bahawa maksud adil di sini bukan sehingga menganggap bahawa ketua negara itu sebagai “maksum” iaitu tidak melakukan dosa dalam perbuatan-perbuatan atau tingkah lakunya. Sifat maksum ini hanya terdapat pada rasul-rasul sahaja dan tidak terdapat pada golongan lain. Pendapat golongan syiah yang mengatakan bahawa Imamah mestilah seorang yang maksum adalah penyataan yang batil. Sebagai seorang muslim kadangkalanya mungkin berlaku kesilapan maka hendaklah kembali bertaubat kepada Allah. Maksud adil di sini adalah hendaklah kita memilih pemerintah yang sentiasa beriltizam dengan shariat Islam, melakukan amanah dan tidak melakukan kezaliman dalam pemerintahannya. Adil juga membawa erti seorang yang bertaqwa, warak, bercakap benar, menjauhi perkara haram, sentiasa redha dengan tuhan dan menjaga maruah dalam setiap urusan kehidupan. Ia juga bererti mendirikan segala tanggungjawab fardhu dan melaksanakan hukuman dengan adil.
7. Kemampuan Melaksanakan Tugas
Seorang ketua negara hendaklah seorang yang mempunyai kemampuan dalam melaksanakan tugas mentadbir, berani, dapat menyelesaikan masalah rakyat dengan mudah, memikir mengenai kepentingan rakyat dan masa depan negara, jauh dari sifat-sifat lupa dan lalai.
8. Berilmu
Para ulamak bersepakat ketua negara mestilah seorang yang berilmu tetapi mereka berselisih mengenai tahap ilmu tersebut. Ada pendapat yang menyatakan bahawa ia mesti mencapai tahap mujtahid dan tidak harus melantik ketua negara yang tidak mencapai tahap mujtahid seperti pendapat Abu Hasan al-Mawardi, Abu Ya'la al-Fara’ al-Hanbali, Ibn Khaldun, Abu Mansur Abdul Qader al-Baghdadi, al-‘Iji dan al-Kardastani dalam bukunya Taqrib al-Maram fi syarah Tahzib al-Kalam.
Mereka berhujahkan bahawa ketua negara merupakan tempat rujukan umat apabila berlakunya perselisihan, maka sudah tentunya ia memerlukan seorang yang pakar dalam bidang perundangan dan hukum-hakam yang mencapai tahap mujtahid.
Golongan kedua pula menyatakan tidak perlu mencapai tahap mujtahid, cukup memadai berilmu kerana sekiranya untuk mencapai tahap mujtahid maka tidak ada yang mencukupi syarat-syaratnya disebabkan peredaran zaman dan kelemahan umat Islam kini. Para fuqaha kini mengharuskan melantik ketua negara walaupun tidak mencapai tahap mujtahid asalkan ia dapat melaksanakan hak-hak shariat dengan berpandukan tunjuk ajar dan nasihat dari orang yang lebih arif dalam sesuatu perkara. Berkata Sharastani: “Dan berterusan jamaah dari ahli sunnah kepada perkara ini sehingga mereka mengharuskan bahawa ketua negara bukan seorang mujtahid dan tidak pakar dalam soal ijtihad tetapi hendaklah bersama ia seorang yang pakar dalam bidang ijtihad yang menjadi tempat rujukan hukum dan mengeluarkan fatwa halal dan haram.”
Para pemerintah hendaklah cintakan ilmu dan ulamak serta sentiasa menghadiri majlis-majlis ilmu. Faktor-faktor ini menjadi pemerintah sentiasa berada di jiwa rakyat.
9. Tidak Cacat Anggota Dan Tubuh BadanKetua negara hendaklah seorang yang mempunyai kesempurnaan tubuh badan dan tidak cacat anggota yang boleh menjejaskan pemerintahannya seperti pekak, buta atau hilang kedua-dua tangan atau kedua-dua kaki yang mana ia tidak dapat lagi berfungsi untuk bertindak secara cepat dan cergas dalam pentadbiran pemerintahan.
Abul Hasan Ali al-Nadwi membahagikan kepimpinan kepada dua kategori iaitu kepimpinan kebendaan dan pencukaian (al-jibayah) dan kepimpinan petunjuk dan hidayah (al-hidayah). Kepimpinan al-jibayah ini menjadikan kebendaan sebagai ukuran keberhasilannya. Kepimpinan yang mementingkan pembangunan material, tenggelam dalam kemewahan dan masing-masing berebut untuk mengaut kekayaan peribadi. Di samping itu, mereka memeras keringat orang miskin dengan kewajipan cukai yang mencekik leher. Mereka tidak mempedulikan pendidikan moral dan agama bagi rakyat. Sementara kepimpinan al-hidayah pula ialah kepimpinan yang menjadikan hidayah sebagai syiarnya dan tugas utamanya menyeru manusia kepada Allah, menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kayu pengukur penghasilan kepimpinannnya ialah integrati moral dan sahsiah , zuhud terhadap kemewahan dunia dan berlumba-lumba dalam kebajikan.
Gambaran golongan ini seperti yang dirakamkan dalam al-Quran, “Dan orang-orang yang Kami perteguhkan kedudukan mereka di bumi, mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kejahatan”. (al-Hajj 41).
Al-Quran juga memberi panduan kepada umat Islam untuk memilih pemimpin berdasarkan ayat yang bermaksud : “ ikutilah orang-orang yang tidak meminta upah dan mereka yang terbimbing dengan hidayah “ ( Yasin :21). Ayat tersebut mengisyaratkan dua kriteria penting kepimpinan iaitu seorang yang menghayati hidayah Tuhan dan tidak meminta rakyat membalas budi dan baktinya. Disamping itu, beliau turun ke medan masyarakat bukan untuk mengaut harta kekayaan untuk peribadi dan keluarga atau untuk glamour peribadi tetapi semata- mata untuk memajukan masyarakat dan tidak rela bangsanya diperhambakan oleh mana-mana pihak.
Keunggulan seseorang pemimpin terletak kepada kemampuannya membina dan mendidik bangsanya. Kepimpinan sedemikian yang disebut sebagai pemimpin pendidik (al-qa’idu ‘l-murabbi) yang dapat merubah bangsanya menjadi lebih kuat, unggul dan bermaruah. Perubahan manusiawi atau human transformation ini yang telah dilakukan oleh para nabi. Nabi Muhammad s.a.w. misalnya telah berjaya merubah watak bangsa Arab yang serba rosak menjadi umat terunggul, dari umat yang berperang selama 600 tahun kerana seekor unta kepada pemimpin dunia. Oleh itu, pemimpin yang terbaik adalah pemimpin yang mampu membina dan membentuk generasi terunggul (jil al-farid). Mereka menggabungkan kepimpinan unggul dengan petunjuk Ilahi. Dengan kata lain, mereka sentiasa berada dalam naungan petunjuk Allah dengan mengikut sepenuhnya perintah Tuhan. Secara ringkasnya dalam konteks masyarakat di Malaysia, kita memerlukan kepimpinan berwibawa - berilmu, berakhlak, beramanah, berwawasan dan berintegriti moral, pimpinan yang mampu melaksanakan tugas besar, melahirkan daya saing dan daya juang yang tinggi pada bangsanya.
Comments: 0 Comments | Post Comment
Wed 5 March 2008
Seringkali kita dengar dalam perbualan berkenaan adat resam masyarakat melayu malah sering juga kita dengar berkenaan hukum-hakam dalam beragama dikalangan para ulama, ustaz, ustazah, mahupun masyarakat umum. Persoalannya yang cuba saya bawa disini ialah bagaimanakah meletakkan kedua perkara ini didalam kehidupan kita ?
Apa yang cuba diperkatakan ini bukanlah untuk menghentam sesiapa ataupun memburukkan diantara keduanya, akan tetapi adalah satu bentuk penyampaian ilmiah lagi berlapang dada dari pihak diri saya berdasarkan pengalaman dan pemerhatian yang berlaku disekeliling diri ini serta sabagai menyatakan pendirian saya terhadap persoalan yang ditimbulkan. Oleh itu, pihak yang membaca juga perlu untuk berlapang dada dalam membaca akan apa yang bakal diperkatakan ini dan sekiranya tidak bersetuju maka diharap dapat membangkang dengan berhujah kembali dan bukannya berpandukan emosi semata-mata.
Sesungguhnya apa yang diperkatakan disini adalah pegangan dan iktiqad saya al-faqir Ilallah didalam membahaskan tajuk diatas:
-Berkenaan Hukum: Dimana asalnya dan letaknya disisi Allah dan Rasul?
-Tuntutan Hukum keatas diri setiap mukallaf dan dari sudut iktiqad:
-Berkenaan adat: Dimana asalnya dan letaknya disisi Allah dan Rasul?
-Hak untuk memperjuangkan adat/ menegakkan adat dan kesannya kepada iktiqad:
-Had dan batasan dalam menjulang adat yang tidak bertentangan dengan Syarak:
-Adat vs Hukum :
(draf, akan disiapkan nanti ...)
Comments: 0 Comments | Post Comment
GO FOR CHANGES OR WE"LL LOOSE EVERYTHING !!!
Fri 29 February 2008
one of the thousands of reason why we need to make the right choices:
"Singapura dikatakan ada rancangan untuk menambah jumlah penduduknya sehingga 8 hingga 10 juta orang. Dan sebahagian besar orang-orang itu akan diimport dari tanah besar Cina. Oleh kerana di negaranya sendiri hanya boleh memuatkan setakat lima hingga enam juta maka baki penduduk itu mungkin akan ditempatkan di WPI. Jadi kalau kita kita tidak berwaspada, WPI akan akhirhya dipenuhi oleh penduduk warga Singapura.
"Pengalaman silam telah mengajar kita bahawa kita kehilangan Singapura dulu, kerana penduduk Cina lebih ramai dari orang Melayu. Dan esok jika kerajaan membiarkan warga Cina Singapura ramai menduduki WPI (dengan berniaga, bekerja dan membeli banyak hartanah di situ) lebih dari penduduk Melayu, maka WPI akan dikuasai oleh orang Cina Singapura kerana orang Melayu tidak mampu membeli rumah di wilayah itu".
Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris) pula menyatakan Akta IRDA 664 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang bercirikan demokrasi berpelembagaan kerana Akta IRDA 664 dan Pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) mengenepikan hak Bangsa Melayu, menggugat kesucian agama Islam dan mencabar kedaulatan Raja dan Negara.
Akta IRDA 664 diwujudkan untuk memudahcarakan pengwujudan WPI.
Semalam, PM juga mengingatkan, rakyat tidak harus mempertaruhkan masa depan mereka kerana tempoh lima tahun itu merupakan satu jangka waktu yang panjang.
Ingat kata-kata Dr Mahathir, "kalaulah kita dapat seorang Perdana Menteri yang menjual negeri ini, adakah kita nak tunggu lima tahun…kita kena ambil tindakan awal sikit!"
Comments: 0 Comments | Post Comment
Tue 12 February 2008
masa berlalu tanpa henti, pada ketika ini daku terjelapuk diatas kerusi yang agak empuk menatap monitor ini saban hari dengan jari-jemariku menekan-nekan laju punat-punat kekunci menaip sesuatu, menjalankan tugasku...
jantung berdegup tenang namun ada tikanya fikiran ini melayang dihanyutkan kedalam arus pemikiran yang ada tikanya kelam ada tikanya ibarat terbukanya pekung hakikat dunia yang aku diami selama ini.
pada tika ini terpacul kalimah 'Wasattiah' didalam benakku. Gamaknya apakah yang cuba diajarkan kepadaku kali ini dengan kalimah yang sepatah ini?
seingat daku, ertinya 'Keseimbangan'. Teringat ketika di bangku sekolah dahulu, ustazah pernah mengajarku akan kalimah ini. Akan tetapi kenapa kini ia kembali kedalam kotak fikiranku?
adakah Rabbi ingin mengajarku tentang keseimbangan? "Rabbana atina fiddunya hasanah, wafil akhirati hasanah ..." (Wahai Tuhan, kurniakan kepadaku kebaikan didunia dan juga kebaikan diakhirat...)
adakah daku dapat mengimbangi diantara kedua alam ini?
sunyi .... tiada jawapan yang terdetik dalam diri ini... mataku kini terpaku kepada tampalan sekeping kertas yang bertaipkan sebuah selawat.... selawat yang berupa memohon keampunan daripada Maharaja sekalian sesuatu... istighfar Qubra...
jauh dalam sudut hati timbul sebuah persoalan.... Ya Rabbi, dimanakah daku disisiMu? adakah daku telah dapat mengimbangi diantara addun-ya dengan akhirah?
sesungguhnya, tiada daya upaya bagiku melakukan ketaatan dan kebaikan dan sesungguhnya tiada daya bagiku menahan diri daripada kekufuran dan kefasikan melainkan tertakluk didalam kekuasaanMu semata-mata ....
ana al-faqir ilallah ...
Comments: 0 Comments | Post Comment
ThE BaTtLe Of ThE BaNd, MaTrAdE 2008 !
Tue 12 February 2008
We're having a 'Battle of The Bands' in MATRADE this incoming 22nd February. Me and my friends are planning to form a band for this contest but it seems impossible lately due to no commitment.
There's a high possibility that we might have to stop dreaming about standing on the stage to perform that night.
huh ...
Comments: 2 Comments | Post Comment
MeLaNgKaH kE aLaM RuMaHtAnGgA...
Mon 21 January 2008
Orang yang bercinta dikatakan mandinya tak basah, makan tak kenyang, minumnya tak hilangkan dahaga, tidurnya tak lena, etc ...
Setelah sekian lama bercinta, maka demi cinta yang tulus ikhlas tersebut maka melangkahlah pasangan merpati ini kealam perkahwinan pula ...
Mendirikan rumahtangga ni adalah sebahagian daripada sunnah Rasulullah dan amat-amat dituntut dalam agama Islam. Oleh itu, barangsiapa yang menolak jodoh atau tidak menyetujui tuntutan berkahwin itu maka bukanlah dia termasuk dikalangan umat baginda Rasulullah...
apabila seseorang itu mula melangkah ke alam perkahwinan, biasanya telah menjadi lumrah bagi bangsa melayu untuk terlebih dahulu melangsungkan majlis pertunangan. Sering menjadi buah mulut dikalangan orang-orang tua bahawa orang yang sedang bertunang ni berdarah manis. Maka disinilah perkara yang ingin saya kupaskan dengan maksud "darah manis", adakah ianya semata-mata mitos dikalangan masyarakat bangsa melayu atau terdapat relevanitinya disebalik istilah tersebut.
Biasanya bagi mereka yang berdarah manis ini akan dipesan supaya berhati-hati dan banyakkan bersabar... apa yang dimaksudkan ialah pada tempoh bertunang inilah datangnya pelbagai ujian dan dugaan kepada kedua pasangan tersebut. Perkahwinan itu adalah ibadah disisi Allah dan syaitan itu semestinya sebaik mungkin akan cuba menggagalkan manusia daripada beribadah. Allah menghalalkan perhubungan seorang lelaki dengan seorang perempuan dengan ikatan perkahwinan, akan tetapi itulah yang amat dikhuatiri di sisi iblis dan syaitan.
dalam tempoh inilah para syaitan dan kuncu-kuncunya akan sedaya upaya cuba memecahbelahkan diantara kedua pihak supaya gagal rancangan perkahwinan mereka. kesukaran untuk berkahwin akan membuka lorong kepada zina denga lebih luas. Maka sebab itulah dikatakan dengan istilah "darah manis" tersebut. kerana pada tempoh inilah syaitan akan mula memperhebatkan lagi cubaannya merosakkan ibadah perkahwinan yang bakal didirikan.
diantara pihak lelaki dan perempuan, umum sedia maklum bahawa lelaki dikurniakan 9 aqal dan 1 nafsu manakala perempuan pula 9 nafsu dan 1 aqal. Iblis dan syaitan sememangnya teramat arif tentang perkara ini kerana hayat mereka jauh lebih panjang daripada manusia dan ini bermakna pengalaman dan ilmu mereka jauh lebih hebat lagi. Dalam hal seperti ini, jelaslah kaum perempuan adalah jauh terlalu senang untuk diganggu-gugat walaupun dengan sedikit hasutan dan bisikan yang akan menjerumuskan kepada perpisahan.
Dengan sedikit hasutan yang dibisikkan ke dalam hati perempuan, maka akan terjerumus keduanya kedalam sebuah pertelingkahan dimana pihak perempuan akan dimainkan perasaannya dengan bisikan-bisikan daripada syaitan sehingga tidak dapat dibezakan antara yang baik dan benar lagi sehingga seterusnya mampu membingungkan pihak lelaki sekaligus mencabar kedudukannya sebagai seorang lelaki dan sebagai seorang bakal suami. Perempuan yang teramat nyata terlalu mengikut emosi sepatutnya sedar bahawa apa yang dirasakannya adalah berpunca daripada hasutan dan bisikan iblis dan syaitan dan bukannya suatu perasaan yang benar-benar terbit dari dalam dirinya sendiri. Hasutan iblis dan syaitan menjadikan mereka buta dalam membuat pertimbangan, pada ketika ini anugerah 1 aqal langsung tidak membawa apa-apa erti pada mereka.... para iblis dan syaitan pastinya akan menghembuskan pada hati-hati mereka rasa tidak puas hati dan menyuruh mereka untuk mementingkan diri sendiri sehingga berlaku pertelingkahan yang amat buruk dan mampu memisahkan hubungan antara keduanya....
Pelbagai alasan menjadi permainan pihak perempuan dan ilhamnya nyata sekali datang daripada hasutan-hasutan iblis dan syaitan akan tetapi usahlah diharap sedikitpun pihak perempuan ini akan menyedarinya mahupun mengakuinya... melainkan mereka yang mantap imannya dan berserah sepenuh hati dan bertindak adil dengan mengetepikan perasaan dan bisikan yang dialaminya lalu menegakkan satu-satunya aqal yang dianugerahkan demi untuk melihat kebenaran... sesungguhnya mereka inilah wanita solehah dan dibimbing hatinya oleh Allah Taala...
Ramai lelaki dan wanita yang bersolat, menutup aurat akan tetapi tidak semestinya mereka ini beriman sepenuhnya .... sesungguhnya disebabkan itulah maka hendaklah kita sentiasa bermuhasabah diri, menghinakan diri kita disisi Allah dan menyedari bahawa hakikat diri insan ini amat hina dan amat memerlukan Allah Taala dalam setiap perkara pada setiap masa...
Comments: 1 Comments | Post Comment
Fri 30 November 2007
Kerajaan digesa cari jalan elak kenaikan tol
Roy Rasul
Thu | Nov 29, 07 | 3:24:01 pm MYT
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Hrkh) - Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menggesa kerajaan mencari jalan penyelesaian supaya kenaikan harga tol dapat dielakkan.
Menurut exconya, Hasmuzair Hassan, umum mengetahui, kenaikan tol akan menyumbang sedikit sebanyak ke atas kenaikan harga barangan.
"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyelesaikan masalah rakyat.
"Sebarang kenaikan harga akan memberi kesan langsung ke atas ekonomi rakyat jelata. Kerajaan juga tidak seharusnya mengambil jalan mudah dengan membenarkan kenaikan kadar tol tersebut," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Kabinet semalam walaupun memutuskan kadar tol empat lebuh raya tidak dinaikkan tetapi menaikkan kadar untuk enam lebih raya lain iaitu, Kadar tol Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah, Lebuh Raya Kulim-Butterworth, Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura, Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru serta Tambak Johor dan Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, antara tujuh hingga 50 peratus bagi tempoh 2008 hingga 2010.
Empat lebuh raya yang tidak mengalami kenaikan tol itu ialah Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), Jambatan Pulau Pinang, Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Ulu Klang (Prolintas) serta Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint)-Kerinchi dan Damansara Link.
Menurut Hasmuzair, Menteri Kerja Raya, Dato' Seri S Samy Vellu tidak seharusnya bertindak menjadi jurucakap bagi pihak syarikat konsesi di dalam kabinet untuk menyuarakan hasrat mereka menaikkan kadar tol.
Katanya, beliau seharusnya meneliti dan membuat kajian terperinci ke atas permintaan tersebut sama ada wajar atau tidak.
Ini dakwanya, semasa sesi perbahasan di Parlimen, beliau secara sedar atau tidak menjadi jurucakap bagi pihak pemegang konsesi dengan menyatakan syarikat konsesi terpaksa membayar hutang bank selain membayar gaji kakitangan dan menyediakan peruntukan untuk menyelenggara lebuh raya.
"Sebagai seorang menteri dan ahli parlimen yang dipilih rakyat, beliau seharusnya meletakkan kepentingan rakyat di hadapan, bukannya segelintir golongan korporat. Inilah yang berlaku apabila menteri lebih mementingkan golongan korporat daripada rakyat," bidasnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi kes Penang Bridge Sdn. Bhd. (PPSB), jumlah pampasan yang perlu dibayar kerajaan ialah sebanyak RM 22 juta.
Sementara itu katanya, dalam satu kenyataan, Pengerusi UEM Builders Bhd. Datu' Abdul Rahim Abu Bakar mengumumkan perolehan sebanyak RM 146 juta melalui konsesi tol bagi Jambatan Pulau Pinang.
Selain itu, dakwanya Plus Expressways Bhd. (PLUS) juga bercadang untuk menaikkan 10 peratus kadar tol tahun hadapan.
Dalam masa yang sama, PLUS mengumumkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM 583 juta bagi separuh tahun pertama 2007.
Dalam kes sebegini, katanya pampasan tidak diperlukan kerana syarikat tidak mengalami kerugian, malah pampasan yang diterima dari kerajaan merupakan wang cukai rakyat hanya merupakan satu bonus bagi syarikat pemegang konsesi.
Lagi pun katanya, jumlah trafik bagi kedua- dua laluan tersebut sentiasa meningkat seterusnya meningkatkan jumlah kutipan.
"Lebuh Raya Utara Selatan sejauh 846 kilometer yang mula dibina pada tahun 1988 telah mencatatkan kutipan tol sebanyak RM 15.91 bilion sehingga Disember 2006," dakwanya Ia adalah tiga kali ganda daripada kos pembinaan sebanyak RM 5.94 bilion.
Seharusnya kutipan tol di lebuh raya tersebut tegasnya dimansuhkan, tetapi PLUS, anak syarikat Kumpulan UEM diberi konsesi selama 50 tahun untuk mengurus dan menyelenggara lebuh raya tersebut.
"Kerajaan dicabar supaya mendedahkan semua butiran perjanjian konsesi kepada rakyat sebagai bukti ketelusan kerajaan di dalam menguruskan hal ehwal rakyat," katanya.
Sehubungan itu katanya, AMK bersetuju pandangan Fomca supaya kerajaan mengkaji semula kadar tol secara tetap bagi setiap tiga tahun.
Katanya, kenaikan tol haruslah berdasarkan keperluan, dan kewajaran keadaan semasa. - mks.
Comments: 1 Comments | Post Comment
Fri 30 November 2007
Terbaca kat internet arituh pasal adun BN bertekak dengan ADUN PAS. Tapi yang aku dok heran, kenapalah bengong sangat sorang ni, dia kata orang tu guna perkataan kesat kat dia sebab guna istilah 'Jakun' kat depa tapi pada masa yang sama lak dia sendiri guna istilah 'Babi' , 'Iblis' , 'Gila' kat pihak yang kata 'Jakun' kat dia tu tadi.
Aku bukanlah nak menyebelahi mana-mana pihak, tapi korang fikirlah sendiri mende ni patut ke tak patut ?
macam ni punya situation, anak sedara aku yang tak sekolah lagi pun tahu nak bezakan sape yang patut dan sape yang tak patut...
isk isk isk ... apalah diorang ni ....
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Emosi melulu bukan budaya kita, tapi kebiasaan Umno
Mat Zain Mat Isa
Fri | Nov 30, 07 | 6:26:12 am MYT
Tidak begitu mengejutkan apabila insiden serangan ala-kick-boxing semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan Isnin lalu (26 November) tidak dipanjangkan media massa arus perdana.
Meski pun insiden itu boleh disifatkan sebagai "paling ganas" dalam sejarah persidangan DUN mahu pun Parlimen negara ini, laporan atau ulasan media mengenainya hanya sepintas lalu.
Setakat ini tidak ada laporan media yang boleh disifatkan sebagai "negatif" terhadap pelaku utama insiden tersebut. Komen para pemimpin negara dan ahli politik mengenainya hampir tiada langsung.
Sebaliknya, Dato' Nozula Mat Diah (BN-Paloh) sebagai pemain utama babak bersejarah itu diberi liputan positif apabila muncul menyerahkan aduan terhadap kerajaan Kelantan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) keesokan harinya.
Itulah gambaran manipulasi media yang sangat berat sebelah. Ia sentiasa memihak kepada parti pemerintah negara (Barisan Nasional). Apa-apa keburukan atau perkara negatif dicetuskan BN sama ada digelapkan atau dipositifkan. Ketidakadilan media sebeginilah antara yang dituntut oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) baru-baru ini agar diperbetulkan.
Rasanya pembaca sendiri tidak sukar untuk membayangkan bagaimana rupa laporan akhbar dan tv sekiranya wakil rakyat yang mencetuskan aksi kick-boxing itu ialah ADUN PAS. Ingat lagi betapa riuh-gegak negara apabila Abdul Fatah Haron (PAS-Rantau Panjang) menyebut perkataan 'gatal' di Parlimen suatu ketika dulu?
Hanya disebabkan satu perkataan itu, tanpa melibatkan apa-apa pergerakan fizikal pun, seluruh Dewan Rakyat riuh-rendah beberapa lama. Ia berlanjutan ke peringkat kutuk-mengutuk, kecaman dan desakan sehingga Ahli Parlimen PAS itu menarik balik perkataan 'gatal' itu.
Episod itu tidak terhenti di Dewan Rakyat sahaja. Ia diseret berjela-jela pula menerusi siaran tv dan akhbar. Ulasan dan komen dari berbagai pihak tingkah-meningkah buat beberapa lama.
Dalam kejadian di DUN Kelantan Isnin lalu, Nozula dirakamkan menerpa ke arah Mohd Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran) yang duduk selang beberapa kerusi daripadanya. Rakaman aksi tersebut disiarkan beberapa laman web di hari sama.
ADUN BN itu dilihat sempat melepaskan tendangan ke arah ADUN PAS itu. Mulutnya pula tidak berhenti mengeluarkan kata-kata yang tidak dapat didengar dengan jelas. Apa puncanya menyebabkan beliau hilang sabar dan bertindak melulu?
Laporan akhbar yang cuba merasionalkan tindakan itu mendakwa Mohd Zaki telah mengeluarkan kata-kata kesat ke arah Nozula. Berita Harian, Selasa (27 November), memetik komen Nozula di luar Dewan: "Dia (Mohd Zaki) kata sesuatu yang kesat pada saya. Sepatutnya dia tak berkata begitu."
Apa perkataannya? Utusan Malaysia di hari sama mendakwa perkataan dikeluarkan Mohd Zaki ialah 'jakun'. Bagaimana pun, tidak ada sebarang komen atau penjelasan daripada Mohd Zaki disiarkan kedua-dua akhbar itu.
Itulah yang amat mendukacitakan kita. Paling tidak pun, sepatutnya siarkanlah penjelasan daripada Speaker DUN, Wan Abdul Rahim Abdullah, selaku orang bertanggungjawab mengawal keadaan. Alih-alih pandangan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Annuar Musa pula yang diutamakan.
Jika benar Mohd Zaki telah mengeluarkan perkataan 'jakun' kepada Nozula, ia sesuatu yang patut dikesalkan. Kemuliaan Dewan adalah suatu yang sepatutnya dihormati semua pihak, walau dalam apa keadaan sekali pun.
Tetapi itu tidak bermakna para pemimpin BN-Umno boleh merasionalkan tindakan ganas oleh ADUNnya itu. Kita boleh mengagak, jika ditanya pandangan Perdana Menteri pun, besar kemungkinan orang tua itu akan kata "itu bukan budaya kita!".
Ya, memang! Perbuatan menerpa dan menendang wakil rakyat lain semasa sidang Dewan bukan budaya kita. Bukan budaya Melayu, bukan budaya Islam. Ia tidak pernah berlaku dalam negara ini. Tidak di mana-mana DUN, tidak juga di Parlimen.
Sebagaimana yang penulis sebutkan di awal tadi, kes di DUN Kelantan itu adalah satu catatan sejarah dalam politik negara. Ia adalah yang pertama seumpamanya.
Sungguh pun begitu, kes-kes yang menghampiri kejadian seumpama itu bukanlah sesuatu yang tidak pernah berlaku. Harakah keluaran Disember 2000 lalu pernah menyiarkan satu insiden pergaduhan antara ADUN BN dan ADUN DAP di DUN Selangor.
Menurut laporan itu, dalam sesi soal jawab semasa sidang DUN Selangor November 2000, Exco Kerajaan, Abdul Fatah Iskandar membangkitkan soal kewujudan kilang-kilang haram di Kajang. Teng Chang Kim (DAP-Bandar Klang) membangkitkan istilah 'haram' tidak sepatutnya digunakan kerana pengusaha kilang tersebut mencari rezeki secara halal. Beliau berkata, mengikut hukum agama mencari rezeki secara halal tidak akan menjadi haram.
Fatah berkata itu hanya masalah yang kecil. Teng tidak bersetuju, kerana bagi beliau soal halal dan haram adalah berlainan, sebagaimana berlainannya syurga dan neraka. Maka ia tidak boleh dianggap masalah yang kecil.
Semasa Dewan berehat, dan para ADUN sedang menikmati jamuan ringan, Zakaria Md Deros (BN–Selat Klang) didakwa menjerit ke arah Teng mengatakan dia (Teng) tidak berhak membangkitkan soal halal-haram.
Teng menjawab: "Saya berhak." Lalu Zakaria dikatakan memaki: "Cina babi!" Teng menghampiri Zakaria dengan tujuan meminta Zakaria menarik balik perkataan itu.
Ketika bertengkar-tengkar itu, Zakaria tiba-tiba menepis dan mengenai hidung dan cermin mata Teng. Melihat situasi itu, ADUN-ADUN lain cuba mententeramkan keadaan. Tetapi tiba-tiba seorang pengikut Zakaria menerpa ke arah Teng, menumbuk muka beliau dan terus melarikan diri.
Sehubungan itu, Ketua Pembangkang, Dato' Dr Hasan Ali (PAS-Sungai Burong), Azmin Ali (Keadilan-Hulu Klang), Dr Shafie Abu Bakar (PAS-Kajang) dan Teng sendiri membuat aduan rasmi kepada Menteri Besar. Zakaria meminta maaf kepada Teng di hadapan MB, Speaker Dewan, Timbalan Speaker, Timbalan MB, Setiausaha dan Penasihat Undang-undang Negeri Selangor.
Dalam satu kejadian lain pada 8 November 2000, di Dewan Rakyat, Haji Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mengemukakan usul meminta Dewan membahaskan soal keganasan polis terhadap orang ramai yang menyertai perhimpunan 100,000 rakyat anjuran Parti Keadilan Nasional (Keadilan) di Lebuhraya Kesas, Shah Alam pada 5 November 2000.
Mahfuz yang ketika itu mempunyai locus standi bagaimanapun diganggu dengan kata-kata kesat oleh Shaziman Abu Mansor (BN-Tampin). Mereka bertukar-tukar kecaman sehingga Ahli Parlimen BN itu mencabar Mahfuz bertumbuk. Bagaimana pun, Mahfuz tidak melayan emosi melulu wakil BN itu.
Sikap sama turut ditunjukkan Mohd Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) di sidang DUN Terengganu. Beliau juga pernah diajak bertumbuk oleh Ahmad Said (BN-Kijal), yang juga seorang anggota Exco negeri.
Untuk penelitian, penulis salin semula patah demi patah aksi berbalas kata antara Exco Ahmad dengan Abdul Wahid dalam satu sidang DUN Terengganu, April 2005 lalu.
Ahmad: Saya pohon penjelasan dan laluan. Inilah sikap wakil rakyat PAS dari Wakaf Mempelam. Melemparkan apa sahaja tuduhan tanpa batas-batas sebagai insan yang bernama Islam. Apakah kerajaan Negeri Terengganu hari ini lebih jahat daripada Yahudi?
Abdul Wahid: Betul, Dato’ Yang Dipertua. Saya mengaku dan saya bertanggungjawab. Yahudi, dia rampas tanah orang Palestin tapi dia bina penempatan untuk orang Yahudi. Ini (BN) rampas tanah rakyat sendiri, roboh rumah rakyat sendiri. Itu lebih teruk daripada Yahudi.
Ahmad: Dato’ Yang Dipertua, inilah perangai binatang!
(Sebaik Ahmad sebut perkataan 'binatang' itu, Dewan bergemuruh dengan tepukan meja oleh wakil-wakil BN lain. Tanda mereka bersetuju memanggil wakil PAS dengan kalimah itu!)
Abdul Wahid: Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, dia nak kata apa pun, katalah kalau Yang Dipertua terima, saya tak ada masalah.
Ahmad: Saya tak ada masalah jugak, pasal mung jahat. Bila-bila masa, jumpa ah (boleh bertumbuk).
Abdul Wahid: Rupa-rupanya ada orang terasa.
Ahmad: Terasa apa, mung jahat. Muka je pakai songkok. Songkok fesyen apa gini, fesyen iblis!
Speaker: Sila bertenang, Yang Berhormat!
Ahmad: Kabar mung nak (bertumbuk) kat mana. Lepas ni, boleh jumpa lagi.
Abdul Wahid: Inilah Yang Berhormat, orang yang saya hadapi. Bercakap secara gentleman tapi nak ajak gocoh (bertumbuk) semacam.
Ahmad: Gentleman babi apa begitu, Yang Dipertua. Gentleman, cakap gentleman. Kata ikut dang sekali, benda apa ni. Mengarut sekali, bersajak, bersyair. Gila ni, Yang Dipertua.
Itulah contoh bahasa yang menjadi kebiasaan wakil-wakil BN. 'Gila', 'binatang', 'babi', 'jahat', 'iblis' jadi mainan mulut mereka. Kalimah-kalimah lain seperti 'bodoh', 'tak reti' dan 'tak cerdik' dah terlalu lumrah, sehinggakan wakil-wakil PAS di DUN Terengganu sudah kalih mendengarnya.
Maka, apalah sangat sensitifnya kalimah 'jakun' tadi jika dibandingkan dengan kalimah-kalimah yang jauh lebih hina dan kesat tadi? Apalah rasionalnya, semata-mata kerana diucapkan kalimah itu, seorang wakil rakyat terus hilang pertimbangan dan meluru ke arah lawan?
Menyerang lawan dengan emosi melulu di dalam dewan yang mulia memang bukan budaya kita. Bukan budaya kita juga untuk memaki dan menseranah orang lain. Tetapi berdasarkan beberapa kes yang telah berlaku, ia semacam telah menjadi kebiasaan di kalangan wakil-wakil rakyat Umno.
Ia bukan sahaja dilakukan wakil rakyat biasa. MB Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob, dalam sidang DUN Pahang, April 2006 pernah memaki para wartawan dengan katanya, "can go to hell!". - mks.
p/s: wakil rakyat kita ni majoritinya takde moral. patut kene hantar depa ni pegi kursus moral bagi berhemat sikit. heheh...
Comments: 0 Comments | Post Comment
Demokrasi, demo kasi, demo lagi ?
Thu 22 November 2007
Rasanya ramai yang tahu pasal perhimpunan BERSIH tempoh hari... walaupun tak turut serta, tapi sakit pulak hati ni sebab punyalah banyak 'road block' kat KL dan Selangor ni sampaikan setiap jalan masuk ke KL/Selangor dari negeri lain turut di'dajal'kan oleh pak polisi pada hari tersebut...
tempat yang tak patut diadakan roadblock pun depa buat jugak... hilang akal ke apa polis ni ? pernah tgk road block kat roundabout ? kalau biasanya dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain tu memakan masa 20 minit, tapi pada hari tersebut ianya akan memakan masa sekurang-kurangnya 2 jam untuk sampai ke lokasi yang sama tadi. punyalah kecut kerajaan kita ni, orang nak buat perarakan nak jumpa Raja depa sendiri pun tak boleh. bior jer la depa nak buat apa pun .... bukannya depa bawak pistol ke parang ke apa ... bawak baju ujan ada la ... tak pasal2 orang yang tak terlibat pun turut terasa musibahnya ... sakit ati betol la ...
sampai sekarang aku dok terpikir, depa dok bersusah-payah berarak bagi memorandum kat agong kita ... apa yang agong kita nak buat ? nak ke dia buat apa-apa ? bole ke dia buat apa-apa? raja-raja melayu yang lain mana?
tetiba terdengar bisikan kecil dari dalam hati ni .... silap rakyat jugak selama ni. patutnya rakyat kita ambil iktibar dari pendirian Hang Jebat...
'Raja ADIL Raja disembah, Raja ZALIM Raja DISANGGAH' bukannya 'Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim pun disembah jugak sampaikan Raja belot pada rakyatnya sendiri pun tetap kita nak sembah ?'
tapi.... sejak bila la pulak Allah dan Rasul suruh kita sembah raja la pulak ni ? mana dalilnya ? kitab mana kita semua pakai ? mazhab mana ni ? wahabi pun tak suruh sembah pemimpinnya ... depa suruh sembah Allah gak si wahabi ni ... bukan ke SYIRIK menyembah selain dari Allah Taala ?
kenapa kita biasa dengar 'rakyat belot pada raja' dan bukannya 'raja belot pada rakyat' ?
siapa raja tanpa rakyat ? bukankah takhta seorang raja itu adalah dikeranakan sekalian rakyat meng'Amanah'kan baginda sebagai pembela mereka semua (rakyat)?
fikir-fikir balik ... silap rakyat juga... bila kita tahu raja kita tak amanah, bila kita tahu raja kita tak mahu membela rakyatnya sendiri, bila kita tahu raja kita jer yang kaya tapi rakyat jelatanya ramai yang miskin, tetap kita doakan kebaikan keatasnya .... tetap kita bergantung kepadanya .... paling ketara sekali ialah semasa bacaan doa ketika khutbah jumaat ... tiap-tiap minggu rakyat meng'amin'kan raja mereka walaupun mereka tidak dibela, walaupun mereka diniaya, walaupun mereka sengsara... kerana rakyat tetap sayangkan rajanya dan malangnya tidaklah raja - raja ini bersyukur diatas doa yang di'amin'kan rakyatnya.
raja manakah yang sanggup mencemar duli untuk berjuang bersama rakyatnya ? kalau zaman dulu adalah ...sekarang ni? mustahil rasanya ...
kenapa rakyat tak hentikan meng'amin'kan rajanya jika rajanya tidak adil terhadap rakyatnya? kenapa rakyat tidak mendoakan semoga Allah membalas pengkhianatan raja - raja keatas rakyatnya ? bukankah dengan izin Allah seorang raja itu naik, kenapa tidak kita doakan semoga Allah jatuhkan raja tersebut jika dia tidak amanah dengan pemberian Allah tersebut ?
kenapa rakyat terlalu menjaga kedudukan rajanya sedangkan ulama yang menegakkan hak disisi Allah tidak terbela langsung ?
kelak kita semua akan disoal di padang masyar nanti ...
sekadar meluahkan pandangan ... tak perlulah sesiapa pun untuk bersetuju atau tidak... tapi apa salahnya kalau dihayati akan mesej yang cuba disampaikan ini. kalau benar ... tang mana benarnya ? kalau salah ... tang mana pula salahnya ?
adakah pertimbangan itu berdasarkan kehendak hati atau berlandaskan hukum ? atau mungkinkah kejahilan hukum menjadikan kita menilai dari sudut pandangan nafsu?
Comments: 2 Comments | Post Comment