<body>

nostalgia ...

Tue 29 July 2008


saya dibesarkan dibawah seorang kakak sulung dan 3 abang yang mana sekurang-kurangnya 6 tahun lebih tua dari saya.

ibu saya yatim piatu sejak usianya 9 tahun manakala bapa saya pula adalah anak tunggal kerana adik beradiknya yang lain meninggal ketika masih kecil. ibu saya mula memainkan peranan sebagai ibu setelah kematian kedua orang tuanya ... manakala bapa saya pula hidup sebatang kara dibesarkan disisi neneknya dan datuknya. ibubapanya ada tapi dihantar untuk dibesarkan disisi nenek dan datuknya atas sebab-sebab yang tertentu. hidupnya sunyi tanpa adik-beradik untuk berhibur. kawan-kawanlah temannya ketika sunyi, disebabkan itu menjadikannya seorang yang suka berkawan bahkan kawannya itulah segalanya bagi dirinya...

sehingga disaat usia lanjutnya, dia sering ditipu oleh kawan-kawannya, namun dengan mudah dia memaafkan mereka kerana dirinya sunyi tanpa adik-beradik. selalu hati kecil ini sedih melihatkan betapa dia diperlakukan sebegitu rupa oleh kawan-kawannya ...

tika dia dimurahkan rezeki melimpah-ruah, beribu kawan yang datang menghimpitnya... tidak dipandang segala wang ringgit miliknya bahkan diagihkan pula kepada kawan-kawannya dengan niat untuk sama-sama berkongsi dan sama-sama merasa nikmat pemberian Allah kepadanya.

ramai yang datang untuk berhutang dan diberi hutang dengan begitu saja tanpa hitam-putih sebagai perjanjian atau persetujuan untuk membayar balik. sekadar berpegang dengan kata janji manis kawan-kawannya untuk membayar kembali hutangnya itu...

dengan hutang darinya itu maka ramai juga kawan-kawannya yang berjaya lalu menjadi kaya hingga menjadi gah nama mereka dipersada negara... namun satu sen pun tiada kembali masuk kedalam poket bapa saya ... apalah sangat nilai yang mereka hutang dengan bapa saya itu berbanding puluhan malah ratusan juta ringgit yang mereka peroleh hasil perniagaan mereka yang berjaya diselamatkan hasil hutang mereka dengan bapa saya ...

kini segala hutang mereka itu bapa saya bawa pulang bersamanya yang kini bersemadi di alam barzakh. kalau nak bayar, langsaikanlah disana... kami warisnya tak kisah ... wang berjuta tidak dapat kembalikan seorang insan yang telah pergi meninggalkan kami ...

sedih rasa dihati apabila melihat mereka memperlakukan seperti orang asing tatkala arwah bapa saya berjumpa mereka bagi meminta bantuan mereka untuk memulangkan sebahagian daripada hutangnya itu bagi membiayai keperluannya yang sedang sakit berat ketika itu ... malah ada juga yang enggan berjumpa, hanya kerani yang sudi melayan kami...

"Tan Sri tak ada di ofis, dia ada meeting diluar. Pakcik boleh tinggalkan no telefon, nanti saya sampaikan pesanan pakcik kepada Tan Sri bagitahu pakcik nak bercakap dengannya..."

sunyi panggilan tak diterima langsung ... bapa saya gagal berjumpa dengannya hingga ke akhir hayatnya. Tapi beberapa bulan yang lepas, heboh di siarkan di tv dan di dada akhbar tempatan pemergian Tan Sri tersebut ke alam yang sama didiami bapa saya ... alam barzakh... mungkin mereka bertemu disana menyelesaikan apa yang berbaki ...

salah seorang yang berhutang bersikap acuh tak acuh ketika kami menemuinya untuk mendapatkan sedikit bantuan. Bapa saya sakit buah pinggang dan memerlukan sejumlah wang yang banyak bagi membiayai kos rawatannya...hanya sebahagian hutang yang dipinta namun seribu dalih yang diterima ... minggu lepas ternampak wajah tersebut terpampang didalam salah satu rancangan tv sedang memberikan bantuan kepada golongan miskin ... orang miskin masuk tv nak pulak dibantunya ... bapa saya yang dah jatuh miskin, sampai ke liang lahad langsung tak dipedulikannya ...

macam-macam ...



Post Comment


From:
   
Registered User: [ login / signup ]
Subject:
Message: