<body>

Bila Tiba Akhir Zaman ...

Thu 24 July 2008


Pagi ni Alhamdulillah sampai ofis tak lambat sangat, tadi boleh lah pulak buat kedua hari berturut-turut naik lif sama dengan Dato' CEO. Rasa bertuah jugak dapat CEO yang sporting dan bertimbang rasa macam dia sorang ni. Tak sombong, suka bertegur sapa ... naik segan la plak bila dia yang tegur kita dulu kat dalam lif. Almaklumlah, kita nak tegur dia rasa macam takde idea la pulak nak cakap apa ... kang silap soalan kang takut dia malas nak jawab pulak ... hmm.... macam-macam ...

Masuk ofis, dok kat meja... start pc ... tah camana tah ... tetiba terbukak satu file words yang aku pernah save kat pc ni. Tergamam, dalam kepala dok terpikir sendiri ... macam ada benda nak bagitau jer nih?

korang rasa camana?

ni lah kemendenyer :

Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah)

Daripada Anas bin Malik رضي الله عنه katanya: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (maksudnya): Sesungguhnya perumpamaan ulama di bumi ini adalah seperti bintang-bintang yang dijadikan petunjuk di dalam kegelapan-kegelapan darat dan lautan, apabila bintang-bintang ini sirna di antara kegelapan-kegelapan tadi, maka sudah tentu para penunjuk jalan akan berhadapan dengan kesesatan jalan – Hadits riwayat Imam Ahmad

Daripada Abu Darda رضي الله عنه katanya: Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (maksudnya): Sesiapa yang pergi di pagi hari kerana inginkan ilmu dan untuk mempelajarinya semata-mata kerana Allah Ta’ala, nescaya Allah Ta’ala akan membukakan baginya satu pintu menuju syurgaNya, para malaikat membentangkan sayapnya untuknya dan demikian juga ikan-ikan dilaut. Kelebihan orang yang alim itu ke atas orang yang abid apalah seumpama kelebihan bulan purnama ke atas sekecil-kecil bintang dilangit. Para ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (diantara bintang-bintang). Sesungguhnya matinya satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim ( Hadits riwayat Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Baihaqi)


Post Comment


From:
   
Registered User: [ login / signup ]
Subject:
Message: