<body>

Kenapa saya Islam?

Fri 23 May 2008

Kenapa saya memilih untuk beragama Islam?

Saya sejak azali lagi telah Islam, kemudian apabila keluar dari perut ibu saya maka ayahanda saya melaungkan azan dan iqamat pada kedua telinga saya mengingatkan saya pada tujuan saya dihantar ke dunia ini.

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,
Aku bersaksi bahawa Muhammad itu Rasul Allah,
Marilah Solat,
Marilah menuju kajayaan,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan melainkan Allah...

Saya dihantar untuk membesarkan keagungan Tuhan yang telah menjadikan saya iaitu Allah yang Esa yang tiada sekutu bagiNya. Saya dilahir setelah diutuskan Rasul yang bernama Muhammad dan telahpun saya dan sekalian makhluk berjanji untuk mengikut ajarannya apabila tiba di alam syahadah ini.

Maka sebab itulah saya bersaksi bahawa Muhammad itu Rasul Allah. Wajib keatas saya berpegang kepada ajaran Rasul yang telah Allah utuskan kepada saya. Adalah tugas saya untuk mengenal Rasulullah walaupun saya dilahirkan pada zaman setelah baginda wafat, kerana saya pasti akan kembali ke pangkuan baginda di alam akhirat nanti. Rasulullah adalah rasul saya dan kerana bagindalah Allah jadikan saya dan baginda jugalah tempat untuk saya memohon syafa'at nanti dan kepada bagindalah tempat untuk saya kembali. Cinta saya kepada baginda Rasulullah melibihi yang lain, melebihi ibubapa saya sendiri dan pastinya melebihi diri saya sendiri. Bila saya cintakan Rasulullah tentulah saya cintakan Allah. Rasulullah mengajar saya untuk cintakan Allah melebihi segala sesuatu.

Bila saya takut, saya ingatkan Allah dan Rasulullah. Kemudian hati saya tenang. Bila saya susah hati, saya ingatkan Allah Dan Rasulullah. Kemudian saya jadi tenang. Bila saya sedih, saya ingatkan Allah dan Rasulullah. Kemudian hati saya tenang. bila saya gembira, saya ucapkan syukur kepada Allah dan Rasulullah maka hati saya bertambah gembira.

Pastinya bila tiba sakratulmaut, saya akan ingat pada Allah dan Rasulullah, maka terasalah nikmat akan ajal itu kerana ianya adalah pintu pertemuan saya dengan Allah dan Rasulullah yang saya cintai. Tak kisahlah izrail yang datang untuk mencabut nyawa saya nanti, apabila mengenangkan saya bakal bertemu kekasih hati saya. Pastinya rasa tercabut nyawa itu bakal menjadi ingatan manis buat saya di akhirat nanti.

Akan tetapi, sebelum tiba masanya maka saya perlulah membuat persediaan dahulu. Saya ingin kembali kepada Allah dan Rasulullah dalam keadaan yang terbaik. Kalau nak jumpa Raja, kita akan pakai baju yang cantik-cantik, inikan pula berjumpa dengan Allah dan Rasulullah. Mestilah saya mahu jumpa dalam keadaan yang terbaik... Oleh itu saya mesti berusaha...

Allah dan Rasul hanya meninggalkan Islam sebagai agama. Tapi saya lihat di alam ini ada banyak agama... saya hairan, dulu dialam roh... agama yang diamanahkan hanyalah Islam. Tapi kenapa sekarang ada banyak agama?

Islam taat kepada Allah, Kristian pun katanya taat kepada Allah dan Yahudi juga kata mereka taat kepada Allah. kemudian ada Hindu, tapi hindu tak sembah Allah... Dia sembah Brahman dan dewa-dewa lain, Buddha pulak tak ada Tuhan... Buddha tu dahulunya manusia yang kemudiannya menjadi dewa. Mana satu agama yang betul ni ?

Kalau manusia boleh jadi dewa, tapi siapa pula yang jadikan manusia? kalau orang sembah Buddha, tapi Buddha sembah apa pula ? Siapa yang menjadikan Buddha? bukan Tuhan ke ? kalau bukan Tuhan siapa lagi ? Mestilah Tuhan yang jadikan manusia, mestilah Tuhan juga yang jadikan Buddha...Kalau Buddha sembah Tuhan, kenapa manusia tak sembah Tuhan juga? kenapa manusia sembah Buddha dan bukannya Tuhan?

Kalau ada banyak dewa, siapa pula yang jadikan dewa-dewa ni? kalau dewa itu Tuhan, jadi kalau ada banyak Tuhan, tak bergaduh ke Tuhan-Tuhan ni nanti ? sedangkan kita sesama manusia pun selalu bergaduh, takkanlah Tuhan-Tuhan tak bergaduh? Tuhan 'A' suruh kita pegi sekolah supaya kita pandai, tapi Tuhan 'B' suruh kita pegi masuk askar jadi pejuang. Nanti gaduh pula Tuhan 'A' dan Tuhan 'B'. Tapi dalam banyak-banyak Tuhan, yang mana yang ciptakan manusia? Tuhan-Tuhan ni bergotong-royong ke nak cipta manusia?

Kristian kata dia sembah Allah, tapi saya tengok dia sembah Jesus. Setahu saya Jesus tu manusia jer yang diangkat menjadi Rasul. Macamana Rasul bole jadi Tuhan ? Lepas tu Kristian kata Tuhan ada 3, Tuhan Bapak, Tuhan Anak (Jesus) dan Holly Ghost. Sekarang dah jadi 3 Tuhan. Mana satu ni? Lepas tu Kristian cakap Tuhan berupa Jesus turun ke dunia untuk tanggung dosa semua manusia dengan cara dia dibunuh? maknanya Jesus tu Tuhan kemudian dibunuh oleh manusia? yahudi pulak tu yang bunuh Tuhan mereka. .

Boleh ke Tuhan dibunuh ? Kalau Tuhan mati, siapa pula jadi Tuhan selepas itu? Jesus tu manusia dari suku kaum Yahudi, kemudian kaum Yahudi sendiri yang bunuh Jesus.

Nampak tak maksud saya? Jesus adalah orang Yahudi dan Jesus adalah Tuhan. Maknanya Jesus adalah orang Yahudi dan Yahudi itu Tuhan? betul ke Yahudi ni Tuhan?

Yahudi tak sembah Jesus pun, Yahudi tak mengaku pun Jesus ni Tuhan mereka? Bila baca sejarah, kaum Yahudi ni dah banyak bunuh Rasul di kalangan mereka. Yahudi panggil semua manusia selain bangsa mereka dengan nama 'Goyim'. Tahu tak apa makna 'Goyim' tu ? Kenapa dia panggil selain bangsa Yahudi sebagai Goyim dan dia sendiri bukan Goyim? apa maksud Goyim? Goyim tu bukannya agama, jadi Goyim tu apa ?


Setahu saya Tuhan itu Maha Berkuasa, dalam Islam kalau Tuhan nak jadikan sesuatu Dia kata 'Jadi' maka 'Jadilah ia'. Kalau Tuhan nak ampunkan makhluknya, Dia tak perlu pun bersusah payah untuk ampunkan dosa makhluknya, Tuhan tak perlu pun menyamar jadi manusia dan kemudiannya biarkan dirinya disiksa sampai mati. Tuhan tak akan mati sampai bila-bila. Tuhan yang mati itu bukannya Tuhan, dia sebenarnya makhluk kalau dia mati.

Jadi saya tolak semua agama yang lain kecuali Islam. Inilah agama saya dan saya beriman kepada Tuhan yang tak mati-mati, saya beriman kepada Tuhan yang berkuasa untuk melakukan apa jua sekalipun tanpa bersusah payah. Saya beriman kepada Tuhan yang 'tidak' diciptakan mahupun diukir oleh makhluk lain akan tetapi saya beriman kepada Tuhan yang sedia adanya tanpa ada permulaan mahupun penghujung.

Tuhan bukan sesuatu yang boleh diukir/ditempa dan kemudiannya dijual di kedai. Tuhan saya jauh lebih berkuasa dari semua itu. Maha Suci Tuhan yang menjadikan sekalian alam tanpa bersusah payah yang Maha Berkuasa keatas sekalian makhluk dan sekalian sesuatu.

Inilah Tuhan yang saya beriman, inilah Tuhan yang sejati, inilah Allah yang saya cintai.







Post Comment


From:
   
Registered User: [ login / signup ]
Subject:
Message: