MeLaNgKaH kE aLaM RuMaHtAnGgA...
Mon 21 January 2008
Orang yang bercinta dikatakan mandinya tak basah, makan tak kenyang, minumnya tak hilangkan dahaga, tidurnya tak lena, etc ...
Setelah sekian lama bercinta, maka demi cinta yang tulus ikhlas tersebut maka melangkahlah pasangan merpati ini kealam perkahwinan pula ...
Mendirikan rumahtangga ni adalah sebahagian daripada sunnah Rasulullah dan amat-amat dituntut dalam agama Islam. Oleh itu, barangsiapa yang menolak jodoh atau tidak menyetujui tuntutan berkahwin itu maka bukanlah dia termasuk dikalangan umat baginda Rasulullah...
apabila seseorang itu mula melangkah ke alam perkahwinan, biasanya telah menjadi lumrah bagi bangsa melayu untuk terlebih dahulu melangsungkan majlis pertunangan. Sering menjadi buah mulut dikalangan orang-orang tua bahawa orang yang sedang bertunang ni berdarah manis. Maka disinilah perkara yang ingin saya kupaskan dengan maksud "darah manis", adakah ianya semata-mata mitos dikalangan masyarakat bangsa melayu atau terdapat relevanitinya disebalik istilah tersebut.
Biasanya bagi mereka yang berdarah manis ini akan dipesan supaya berhati-hati dan banyakkan bersabar... apa yang dimaksudkan ialah pada tempoh bertunang inilah datangnya pelbagai ujian dan dugaan kepada kedua pasangan tersebut. Perkahwinan itu adalah ibadah disisi Allah dan syaitan itu semestinya sebaik mungkin akan cuba menggagalkan manusia daripada beribadah. Allah menghalalkan perhubungan seorang lelaki dengan seorang perempuan dengan ikatan perkahwinan, akan tetapi itulah yang amat dikhuatiri di sisi iblis dan syaitan.
dalam tempoh inilah para syaitan dan kuncu-kuncunya akan sedaya upaya cuba memecahbelahkan diantara kedua pihak supaya gagal rancangan perkahwinan mereka. kesukaran untuk berkahwin akan membuka lorong kepada zina denga lebih luas. Maka sebab itulah dikatakan dengan istilah "darah manis" tersebut. kerana pada tempoh inilah syaitan akan mula memperhebatkan lagi cubaannya merosakkan ibadah perkahwinan yang bakal didirikan.
diantara pihak lelaki dan perempuan, umum sedia maklum bahawa lelaki dikurniakan 9 aqal dan 1 nafsu manakala perempuan pula 9 nafsu dan 1 aqal. Iblis dan syaitan sememangnya teramat arif tentang perkara ini kerana hayat mereka jauh lebih panjang daripada manusia dan ini bermakna pengalaman dan ilmu mereka jauh lebih hebat lagi. Dalam hal seperti ini, jelaslah kaum perempuan adalah jauh terlalu senang untuk diganggu-gugat walaupun dengan sedikit hasutan dan bisikan yang akan menjerumuskan kepada perpisahan.
Dengan sedikit hasutan yang dibisikkan ke dalam hati perempuan, maka akan terjerumus keduanya kedalam sebuah pertelingkahan dimana pihak perempuan akan dimainkan perasaannya dengan bisikan-bisikan daripada syaitan sehingga tidak dapat dibezakan antara yang baik dan benar lagi sehingga seterusnya mampu membingungkan pihak lelaki sekaligus mencabar kedudukannya sebagai seorang lelaki dan sebagai seorang bakal suami. Perempuan yang teramat nyata terlalu mengikut emosi sepatutnya sedar bahawa apa yang dirasakannya adalah berpunca daripada hasutan dan bisikan iblis dan syaitan dan bukannya suatu perasaan yang benar-benar terbit dari dalam dirinya sendiri. Hasutan iblis dan syaitan menjadikan mereka buta dalam membuat pertimbangan, pada ketika ini anugerah 1 aqal langsung tidak membawa apa-apa erti pada mereka.... para iblis dan syaitan pastinya akan menghembuskan pada hati-hati mereka rasa tidak puas hati dan menyuruh mereka untuk mementingkan diri sendiri sehingga berlaku pertelingkahan yang amat buruk dan mampu memisahkan hubungan antara keduanya....
Pelbagai alasan menjadi permainan pihak perempuan dan ilhamnya nyata sekali datang daripada hasutan-hasutan iblis dan syaitan akan tetapi usahlah diharap sedikitpun pihak perempuan ini akan menyedarinya mahupun mengakuinya... melainkan mereka yang mantap imannya dan berserah sepenuh hati dan bertindak adil dengan mengetepikan perasaan dan bisikan yang dialaminya lalu menegakkan satu-satunya aqal yang dianugerahkan demi untuk melihat kebenaran... sesungguhnya mereka inilah wanita solehah dan dibimbing hatinya oleh Allah Taala...
Ramai lelaki dan wanita yang bersolat, menutup aurat akan tetapi tidak semestinya mereka ini beriman sepenuhnya .... sesungguhnya disebabkan itulah maka hendaklah kita sentiasa bermuhasabah diri, menghinakan diri kita disisi Allah dan menyedari bahawa hakikat diri insan ini amat hina dan amat memerlukan Allah Taala dalam setiap perkara pada setiap masa...
tahniah bro!